
Entry saya untuk pertandingan puisi (tema persahabatan) di Zahirul Online
JALAN PULANG
Aku masih terbaring
melihat jauh jalan itu
cuba membaling kata
merungkai apa yang terpendam
jangan sampai ia tenggelam
seperti pokok yang tak disiram
akhirnya layu letih membisu
aku pasti..dirimu masih belum mengerti..
walau seribu syair dan puisi
takkan tertulis dihatimu apa yang tersirat
yang pastinya aku merinduimu
biarlah kau hadir dalam bayangan
igauan tanpa realiti
kerana kau masih mampu tersenyum
bagaikan si anak kecil merintih sesuatu
tak menegerti erti rintihan itu
aku yang terlalu jauh..
memberi puisi dilangit
mendengar dibumi
luahan hati kecil sukar ditafsirkan
biarlah kau ulangi baris-baris ini
hingga terjumpa titik rungkaian..
setiap kata-kata
apa yang aku rasa
takkan ku meminta..
kerana tiada lazat bercinta
biar ku menerima
kerana disitulah titiknya
memang dungu menzahirkan
memang pedih mentafsirkan
pasti sesat mencari jalan
kerana titik itu tiada bermata
hanya jalinan menemukannya
