Thursday, January 13, 2011

PUISI JALAN PULANG


Entry saya untuk pertandingan puisi (tema persahabatan) di Zahirul Online

JALAN PULANG

Aku masih terbaring
melihat jauh jalan itu
cuba membaling kata
merungkai apa yang terpendam
jangan sampai ia tenggelam
seperti pokok yang tak disiram
akhirnya layu letih membisu

aku pasti..dirimu masih belum mengerti..
walau seribu syair dan puisi
takkan tertulis dihatimu apa yang tersirat
yang pastinya aku merinduimu
biarlah kau hadir dalam bayangan
igauan tanpa realiti
kerana kau masih mampu tersenyum
bagaikan si anak kecil merintih sesuatu
tak menegerti erti rintihan itu

aku yang terlalu jauh..
memberi puisi dilangit
mendengar dibumi
luahan hati kecil sukar ditafsirkan
biarlah kau ulangi baris-baris ini
hingga terjumpa titik rungkaian..
setiap kata-kata
apa yang aku rasa

takkan ku meminta..
kerana tiada lazat bercinta
biar ku menerima
kerana disitulah titiknya
memang dungu menzahirkan
memang pedih mentafsirkan
pasti sesat mencari jalan
kerana titik itu tiada bermata
hanya jalinan menemukannya

Tuesday, February 10, 2009


Setiap hari apabila bangun pagi melihat muka suami dan anak-anak yang tengah nyenyak tidur dibuai mimpi yang indah ku bersyukur kerana mempunyai keluarga ini..anak-anak yang bijak dan suami yang penyayang, kurasakan hidupku begitu indah sekali dan berkali-kali kupanjatkan doa ke padaNya semoga hubungan kami berkekalan dan harmoni sehingga akhir hayat. semoga anak-anakku menjadi anak yang bijak, mendengar kata, soleh dan solehah. Biarpun seharian letih dan lesu melayan kerenah anak-anak tetapi apabila melihat wajah dan senyum mereka yang manis rasa penat hilang seketika, itulah kuasa seorang ibu yang mampu melakukan semua perkara biarpun badan keletihan demi anak-anak dan suami tercinta. Untuk suami yang tercinta semoga hubungan kita berdua semakin mekar dan cinta yang ibu berikan kepada abang janganlah abang persiakan dan untuk anak-anak ibu yang tersayang...ibu sayang kalian semua...i love u all.
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Kerana dia mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan pasangannya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu. Biarpun begitu cintanya terhadap kamu tak pernah pudar walaupun hatinya hancur diperlakukan begitu tetapi cintanya hanya untukmu.

Monday, February 9, 2009

Assalamualaikum

Di sini aku ingin berbicara tentang percaya dan mempercayai antara pasangan masing-masing..Pentingnya mempercayai pasangan masing-masing lebih-lebih lagi suami atau isteri sendiri, walau apapun yang berlaku kepercayaan terhadap pasangan yang diutamakan selagi tiada bukti yang menunjukkan pasangan melakukan kesalahan..nasihatku kepada semua jangan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan masing-masing tetapi simpanlah sedikit dalam diri kerana seandainya terjadi perkara yang berada diluar jangkaan, kita masih ada rasa sedikit harga diri dan kekuatan. Apalah gunanya lagi apabila insan yang kita sayangi telah menghancurkan kepercayaan yang telah diberi..kadang-kadang terasa seperti mahu saja menamatkan perhubungan yang suci ini tetapi apabila cinta, kasih, sayang dan rindu yang masih menebal dalam hati semua itu sanggup ditelan begitu saja. Namun pengorbanan telah dipersiakan. Kekadang terasa seperti pasangan kita berlakon di depan kita saja bila dia menyatakan dia cinta dan sayangkan kita kerana dia ingin menunjukkan seperti dia rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukannya sedangkan dibelakang kita entah apa yang berlaku sebenarnya, di mana hatinya ketika dia melafazkan dia sayangkan kita? ianya menjadi satu persoalan yang tak mungkin terjawab. Andai ada pembaca di luar sana yang ingin memberi pandangan atau luahan hati pembaca sekalian silalah luahkan atau emailkan kepada saya di iela7679@yahoo.com.

Saturday, February 7, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Nampaknya hari ni penuh dugaan untukku, pagi2 lagi aku terpaksa menghadiri satu perjumpaan persatuan dimana aku telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Persatuan ini boleh dikatakan wajib bagi kami dimana samada suka atau tidak terpaksa menghadirinya juga demi kepentingan kerjaya suami masing-masing. Seperti hari-hari yang lalu aku terpaksa menjalani kehidupan yang kurasakan seperti waktu tak mencukupi, rasa seperti sekejap saja masa berlalu namun kerja yang kulakukan seharian tak pernah habis dari celik mata sehinggalah hendak pejamkan mata. Demi keluarga tersayang aku lakukan dengan hati yang ikhlas walaupun diriku ini terkadang rasa begitu sakit dan meletihkan. Apabila terpandangkan wajah anak-anak dan suami yang tersayang walaupun letih namun dipendamkan sahaja dan ianya hilang dan lenyap begitu saja. Itulah kuasa seorang ibu yang sanggup bersengkang mata dimalam hari untuk anak-anaknya. Semalam suamiku menyarankan agar aku menyambung pelajaranku, dan insyaallah kurasakan ianya satu cadangan yang kurasakan tepat ketika ini.

Thursday, February 5, 2009

Kenangan


Seperti semalam, hari ini dan esok mungkin merupakan hari yang sama saja buatku. Desakan dan dorongan dari suamiku merupakan faktor utama aku memblogger disini untuk menghilangkan rasa bosan dengan kerenah anak-anak seharian. Aku merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai 3 orang anak yang berumur 4 tahun, 3 tahun dan 3 bulan, memang masa cukup padat dan terhad untuk diri sendiri sebab itulah suamiku menyuruhku memblogger disini. Tujuan aku blog disini ialah untuk mencari teman atau peminat setia blog yang mungkin mahu berkongsi pendapat atau masalah dalam apa jua persoalan atau juga mahu meluahkan perasaan yang tidak tenteram...mungkin juga sesiapa yang pandai memasak atau pandai dalam kraftangan yang mungkin dapat berkongsi pengalaman dan kepandaian kepada orang lain pula..

Pembuka Bicara ANJUNG ILA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ni adalah hari pertama dalam hidupku start memblogerskan diri ini. inipun hasil galakan suami ku yang tercinta. katanya dengan blog ini aku dapat meluahkan perasaan dan memenuhi kesunyian. maklumlah, hidup sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa membuatkan aku terkadang rasa amat sunyi. hanya gelak tangis anak-anak yang menjadikan aku tidak keseorangan. Jadi selepas ini, blog ini akan menjadi tempat aku berbicara sendiri. berkongsi apa yang terlintas di fikiran. aku bukanlah seorang penulis yang handal tapi aku mempunyai keinginan untuk meluahkan apa yang aku rasa.....teruskan bersamaku lagi....