
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Nampaknya hari ni penuh dugaan untukku, pagi2 lagi aku terpaksa menghadiri satu perjumpaan persatuan dimana aku telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Persatuan ini boleh dikatakan wajib bagi kami dimana samada suka atau tidak terpaksa menghadirinya juga demi kepentingan kerjaya suami masing-masing. Seperti hari-hari yang lalu aku terpaksa menjalani kehidupan yang kurasakan seperti waktu tak mencukupi, rasa seperti sekejap saja masa berlalu namun kerja yang kulakukan seharian tak pernah habis dari celik mata sehinggalah hendak pejamkan mata. Demi keluarga tersayang aku lakukan dengan hati yang ikhlas walaupun diriku ini terkadang rasa begitu sakit dan meletihkan. Apabila terpandangkan wajah anak-anak dan suami yang tersayang walaupun letih namun dipendamkan sahaja dan ianya hilang dan lenyap begitu saja. Itulah kuasa seorang ibu yang sanggup bersengkang mata dimalam hari untuk anak-anaknya. Semalam suamiku menyarankan agar aku menyambung pelajaranku, dan insyaallah kurasakan ianya satu cadangan yang kurasakan tepat ketika ini.

No comments:
Post a Comment